05 August 2011

Foh Hup, Parkmay & Cityliner

Assalamualaikum wbt..


          Lagi cerita nostalgia dari seorang aku yang diberi nama Nizam Bin Jasni. Peeergghh!! ayat nak pujangga plak kan? hahahahaha. Aku tak reti nak buat ayat marvelous super duper yammy ni, kite buat ayat simple je la ye? senang nak faham senang nak bace. 

      Alkisahnya nak tell a story about a long long time a go. Takde la long sangat kot, lebih kurang tahun 1988 atau 1989. Tahun aku mula-mula didedahkan dengan bas awam. Kisahnya dulu waktu berumur 1 hingga 6 tahun, aku dijaga oleh my beloved arwah Opah, Siti binti Haji Pengiran. Makayah aku kerja kat kilang Mardec dan kerja syif, so lebih mudah aku dijaga oleh arwah Opah aku di Kampung Seberang Kuala Perdik dekat Pangsun dalam Hulu Langat. Kalau korang nak ke Hutan Lipur Sungai Congkak dan Gunung Nuang, korang pasti akan lalu kat kampung nie.

       Time aku dok dengan arwah Opah aku dulu, Opah selalu bawa aku jalan-jalan naik bas. Dulu bas Foh Hup Omnibus. Bas kaler Hijau Putih. Memang bas oldschool zaman P.Ramlee. Hahahaha. Bas Foh Hup nie la yang menghidupkan atau menjadi nadi Hulu Langat. Mula dari Kampung Melaka dekat Batu 9 membawa ke Pekan Batu 18 bercabang ke Pangsun dan ke Sungai Lui. Kalau takde la bas Foh Hup nie dulu, korang bayangkan nak dari Pangsun nak ke Pekan Batu 9 a.k.a Suntex je dah 25kilometer. Tu belum orang-orang Kampung Sungai Lui batu 20, ade lah dalam 30 kilometer. So bas-bas dari Syarikat Foh Hup Omnibus la yang menghubungkan semua kawasan dalam daerah Hulu Langat nie.

Ni lah pandangan tepi bas Foh Hup. 
(Cari fullview gmbr bas xjumpe, so masuk gmbr ni je la..)


Salah 1 model yg digunakan Foh Hup.
 Tapi korang bayang bas ni kaler Hijau la.

Lagi 1 model yg digunakan Foh Hup.


      Aku start naik bas sendiri masa umur 11 tahun, tak silap aku time tue darjah 5. Sekolah Kebangsaan Sungai Serai lah sekolah aku. Dari Kuala Perdik nak ke sekolah rendah jauhnya lebih kurang 13kilometer. Kalau naik bas tu memang sempat tido la. Takde lah hari-hari naik bas, kalau ayahanda aku boleh hantar, dia akan hantarlah. Naik motor Suzuki GP125 a.k.a motor jaki jipang. Tiap kali ayah aku hantar pi sekolah aku dok atas tank. Syoookkk!! macam terbang. hehehehe.

Suzuki GP125


      Berbalik kepada cerita bas awam tadi, dekat Hulu Langat nie dah banyak syarikat bas yang masuk. Kalau tak silap aku ada la dalam  6 syarikat bas pernah masuk. Itu pun yang aku tengok bermula tahun 1990 la kan. Mula dengan Syarikat Foh Hup Omnibus Bhd. (Aku ingat name penuh syarikat bas nie sebab Pak Long aku driver bas nie..selalu dapat special seat and free of charge..hehehe). Kemudian bas Parkmay Cityliner mula masuk. Nie dah masuk era baru bas tanpa konduktor. Yang ade, pakcik driver dengan mesin tiket kat sebelah dia. Lagi 1, nie lah bas transmisi automatik pertama yang aku tengok. Tukar gear pakai button je. Aku tengok canggih dah zaman tue. Aku dah masuk sekolah menengah masa Parkmay Cityliner mulakan operasi. Boleh tengok la pakcik-pakcik bas Foh Hup siap pesan kat budak-budak sekolah supaya jangan naik bas Parkmay Cityliner. Yang aku masih ingat alasannya, bas Parkmay punya sistem tiket tak boleh dapat baki. Kalau masuk duit syiling RM1 untuk tambang 60sen, memang lebur la baki duit korg tu. hahahaha.

Nie la rupe nye Bas Parkmay.



       Tak lama lepas tu bas Parkmay dah kurang masuk kat kawasan Hulu Langat. Diganti sekejap dengan bas Metro yang selalu beroperasi kawasan Kajang. Tapi tak lame pun diorang punye service. Waktu nie perkhidmatan bas Foh Hup plak dah hampir sampai ke penghujung. Diorang tutup company. Maybe sebab bas diorang semua dah uzur sangat kot so kerajaan ganti dengan bas yang lebih baru dan selesa. Bila dah banyak tukar bas so harga tambang pun bertukar-tukar. Dari tambang 20sen sampai harga RM1, masa zaman bas Parkmay Cityliner. Bas awam langat yang last aku naik, Parkmay Cityliner ar. Time tue Form 5.

Bas Metro. Banyak dekat area KL.

       Kemudian Parkmay Cityliner pun ghaib diganti dengan SJ Bus. Bus rempit ekzos perang tahan pecah gegendang telinga. Sekali bas nie lalu, korang pakai la earplug. Kalau tidak memang bernanah telinga. Asap toksah citer ar. Bas tue dok remp2 kat trafik light Pekan Batu 14, aku yang dok kat Kampung Sungai Serai boleh dengar sayup2 bunyi ekzos bas nie. Nie kira bas hardcore. Aku pelik jugak macam mane bas pattern macam nie boleh dapat permit angkut rakyat Hulu Langat. Hilang suasana kampung bila bas nie lalu. hahahahaha.

Bas rempit ekzos buloh. Nmpk standard tapi barang baeek punye.


     Hari nie, yang aku tengok bas yang menjadi transport utama bas awam Hulu Langat, Rapid KL. Bas femes 1 Malaysia. Rapid Putra ada, Rapid Penang ada. Besar jugak syarikat bas nie. Bas cantik, moden, teknologi terkini, no more ekzos buloh, aman telinga. Tapi yang tak berapa best menurut adik aku yang kadang-kadang naik bas, tambang dah mahal and dah takde bas sekali naik boleh sampai KL. Sekarang sistem kene main lompat-lompat bas. Salah lompat memang ketempat lain la korang. hehehe. 

Nie bas Rapid KL yang selalu wara-wiri depan umah aku tiap-tiap hari.

     Sesiapa yang sezaman dengan aku,mesti ingat zaman balik sekolah bergayut kat pintu bas(bas penuh) sebab kalau miss bas kompem balik lepas Maghrib. Hahahaha. Ade plak since masuk pintu depan time konduktor kat belakang, bila konduktor pegi depan, menyelinap pi masuk pintu belakang lepas tue buat muka tak bersalah. Tak bayar tiket. Hehehehe. 50sen je pun. Mane kawan-kawan yang kecik-kecik dapat masuk dulu dalam bas mase tengah berebut-rebut tue, siap tolong booking seat untuk kawan-kawan yang kat bawah tu. Hahahaha. Ade semangat brotherhood. 

p/s: ade kawan cakap dah taknak naik bas awam sebab naik bas pn dah
       rase macam dok kat luar negara. Jeng! Jeng! Jeng!


9 comments:

  1. best gak citer bas kau ni, aku dah rekemen kat fanpage blog rasa hati :)

    ReplyDelete
  2. hehe tengkiu2..

    evolusi bas awam tempat aku.

    adik aku minta cerita pasal zaman sekolah rendah.
    orang jual buku sang kancil & show silap mata.

    hehehe

    ReplyDelete
  3. Farouq Omaro says:
    Saya memang biasa dengan bas Foh Hup ini sewaktu tinggal di Semenanjung. Zaman kegemilangan bas ni memang sebelum tahun 1994. Saya selalu naik bas Foh Hup dari KL ke Seremban(tambang $2.30) dan dari Seremban ke Broga (tambang $1.20).Saya juga selalu naik bas Foh Hup dari KL ke Jalan Cheras. Yang best pasal Foh Hup ni dia sentiasa ikut time kecuali kalau bas rosak atau pemandu buat hal. Lagi satu yang best, bas Foh Hup ni ada "midnight service" iaitu bas jam 11.30 malam yang selalu penuh sebab itulah satu2 bas terakhir untuk semua orang yang dari KL mahu ke Jalan Pudu, Jalan Cheras, Kajang, Semenyih dan Beranang. Tapi sayang tahun 1994 Tun Mahathir pi melawat Hong Kong dan dia balik dia bilang mau buat sistem bas hebat mcm di Hong Kong. Jadi dia bagi la permit bas banyak2 utk syarikat baru. Hujung2 syarikat lama mcm Foh Hup pun bankrap la. Yang berita buruk dia pula, syarikat2 baru tidak suka ke kawasan yg kurang menguntungkan. Kalau Foh Hup dulu dia pergi ke Broga, Kacau, Pajam, Taman Seri Semenyih, semuanya kawasan yang sikit orang dan bas tidak pernah penuh.Saya ingat juga nombor2 bas Foh Hup ni contoh dia 566-Seremban, 567-Sg Lui, 568-Kacau, 569-Pajam/Nilai, 570-Broga. Bas 566 ni kalau terjumpa bas lain selalunya diorang berlumba. Saya masih simpan tiket 15sen dulu. Sayang zaman itu sudah berlalu. Saya ada search Foh Hup di Google dan terjumpa bas Foh Hup di stesen lama Kajang tapi tidak tau mcm mana mau download.

    ReplyDelete
  4. salam saudara,
    info pasal jenis2 bas yang pernah beroperasi di kajang ni memang sangat berguna pd sy. sbb sy sedang buat kajian pasa pengangkutan awam. sy nak mintak permission utk gunakan ini dalam kajian sy. sebab sy dah cari profile pasal kajang yang ada tulis pasal pengangkutan awam tapi tak jumpa. harap dapat membantu ye.

    ReplyDelete
  5. Saya lahir 1955... tahun 60an hingga 70an hulu langat sangat sejuk cuacanya. Bau kedai getah dan juga kilang getah amat hebat. Bas Foh Hup berwarna hijau memang legend. Waktu bergeraknya tepat.
    Ketika leka mandi sungai terdengar deruman bas Foh Hup menunjukkan jam 11 pagi.
    Dulu jalan batu 18 hingga ponsoon boleh baring sembang ATAS jalan (1960s hingga awal 1975s). Lepas harga durian melambung penduduk kampung ramai beli motor....tapu tak pula timbul mat rempit..Kini banyak berubah.... sungai langat dah jadi macam longkang...tak ada siapa nak mandi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dengar bunyi bas semasa dia UP boleh mandi pakai baju sarapan sementara menunggu bas DOWN lebih kurang 20 minit

      Delete
  6. Dah Tamat Dah Riwayat Budak Bas Metro....

    ReplyDelete
  7. yeah bapak saya pernah bawak bas metro ni.klu tak salah pasar seni-klcc.metro ada masalah masa hujung tahun 2015.Bapak saya terpaksa bertukar ke cityliner seremban(masa tu bas mybas seremban baru diperkenalkan)

    ReplyDelete
  8. Aku lahir 1986 di Kg Haji Palil belakang IKBN Dusun Tua dan dibesarkan di dalam kuarters IKBN...dari Tabika Bukit Kundang berpindah ke Tabika Dusun Tua atas bukit kemudian darjah 1 hingga 6 di SK Dusun Tua sambung ke ting 1 hingga 5 di SMK Abdul Jalil batu 14...dua sykt bas sahaja pernah aku gunakan disana,Foh Hup dan Park May Cityliner sebelum keluarga aku berpindah ke negeri lain...ohh rindunya kampung halaman tanah tumpahnya darahku...bila lagi agaknya aku dapat jejakkan kaki ku ke kampung halamanku...mungkin sudah banyak berubah wajah disebabkan peredaran zaman...suatu hari nanti aku pasti kesana jua untuk aku mengimbau kembali kenangan2 sepanjang aku membesar disana.....

    ReplyDelete