13 September 2011

Memori Prank Lawak

Assalamualaikum wbt..

     Pada asalnya aku nak post kan lagi gambar-gambar logo yang aku photoshop'kan macam entry lepas,Bila Topup Pun Kena Cukai. Tapi tiba-tiba nak bercerita pasal lawak-lawak yang pernah aku buat dan lalui sepanjang hidup aku. Nie gara-gara baca entry Lawak Tak JAdi oleh En.Zulfikar Hazri.

"Ala..Ikar nak wat citer lawak, apsal ko pun nak buat?"

"Lantak ar, aku suka bace blog dia, tengok, ayat aku pun macam ayat dia..hahahaha"

* * * * * * * * * * * * * * * * *

 1. Prank Lawak Tandas

"Ikar dah buat lawak tandas, ko pun nak citer tandas watpe?"

"Iiiisssshh, citer tandas aku laeeeeennnn.''

     Biasa la, dulu masa zaman-zaman jadi mat rempit budiman berhati mulia, aku & the geng (Ery, Epi & Arm) selalu kuar lepak-lepak area KL. Lawak tandas yang aku nak citer nie jadi mase aku pergi SOGO. Tandas tingkat 7 atas Food Court Sogo. Aku dah tak tahan nak wee wee tinggal hujung sikiiiitt jew..

"Apehal mahal sangat nie?! Nak kencing pun bayar 30sen?"

"Ini bos saya yang letak harga bang, komplen sama bos la."

Agak kerek ar jawapan cleaner tandas yang dok kat pintu masuk tandas tue.

"Bayar jer ar jam, bayar untuk kitorang sekali..heheheh"

"Chait! nak kencing pun kene pow?"

     Dalam tandas tu ade 4 jamban, so ngam-ngam la untuk kitorang berempat. Tapi mase tue aku rasa betul-betul malang. mula-mula tandas mahal pastu kene pow plak dan malang berikutnya, aku jumpa jam Rolex bertahta berlian bersadur emas 24karat dalam jamban!!!! Korang tau tak jam yang aku maksud kan nie?

"Bang, tandas ko bagus ar, bersih wangi cantik. Siap ade orang tertinggal jam tangan mahal dalam jamban 1st tue. Pegi la amik, kot-kot tuan dia datang cari balik."

"Yeke? betul ke ade orang tertinggal jam? Kenapa tak amik jer dik?"

"Isshh, taknak la, jam mahal tue, takut nak pegang."

Terkinja-kinja cleaner tue pergi masuk dalam tandas nak ambil jam tu. Aku dengan budak-budak nie sume dah standby dekat eskelator, nak lari.

"Bodo haram jadah punye budak!!!! Itu bukan jam tangan!!!! Itu TAHI tau tak!!!!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!! Terbaeeeeeekkkkk!!! Cantik tak jam tue?"

     Korang nak tengok ke macam mane rupa jam Rolex bertahta berlian bersadur emas 24karat tue? Hehehehehe.. Tak payah la kot. Kang ade yang tak lalu makan nanti. Panjang weeeehhh...Besar plak tue.



2. Prank Kena Pukul

     Mase tue dah pukul 11 malam, aku jadi bosan dok menebeng kat umah. Aku decide nak kuar ronda-ronda naik motor LC135. Mase tu motor tu baru je kuar kedai so berjalan-jalan naik motor baru la.
Aku lepak dekat mamak Aziz Station Kg. MElaka.Tengah lepak sorang-sorang tu, aku dapat idea nak mengenakan member-member aku.Aku call hp Ery.

"Ello dok, tolong aku!!! aku kene pukul nie."

"Hah!!?? teruk ke? sape pukul ko nie? Ko kat mane?"

"Ntah la..aku taklarat nak bawak motor nie..aku kat depan kedai Aziz nie.."

"Jap2..ko nie ye ye je kene pukul. Ko nak kencing aku ni kan?"

"Betul la..aku penah tipu ko ke?"

"Tipu memang tak penah tapi buat lawak sial tu selalu.."

Alamak, mase tu aku dah rase prank aku tak menjadi. Aku teruskan lakonan.

"Takpe ar dok, aku try balik sendiri ar. Aduuuuuuhhhhhh!!!"

"Takpe2 ko tunggu aku datang."

     Tak sampai 15minit Ery sampai dengan budak-budak kampung termasuk 2 orang adik aku. Kedai mamak tue tak jauh pun.  Semua orang dalam kedai mamak tue nampak terkejut dan table sebelah aku yang menyaksikan aksi lakonan aku tadi dah mula tersengih-sengih sebab diorang pun tau prank aku menjadi. Hehehehehe.

     Diorang datang beramai-ramai, ade la dalam 15 orang. Masing-masing bawak batang kayu. Dah macam citer Young & Dangerous plak aku tengok diorang.

"Hantu punye gemok!!! lu kencing!!! aku dah agak dah mesti kencing punye!!!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!"

"Mati-mati aku ingat ko dah terkulai ko tau tak???!!!!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!"

"Ape gelak2? Malu ko tau tak." 

"Relax ar kawan2, aku boring sebenarnye. Lagipun aku memang nak ajak korang lepak sini, aku nak belanja makan."

     Ok tak prank macam nie? Nasihat aku, kalau kawan2 korang tak sehati sejiwa baik jangan buat takut hilang kawan plak nanti. Niat aku memang nak belanja diorang makan sebab tepat pukul 12 malam tue besday aku 9 September. Kalau buat invitation biasa-biasa jew maka tak trill la kan? Sekurang-kurangnya bila tiba besday aku, aku mesti ingat peristiwa prank kedai Aziz Station Nie. Hehehehehe.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * 


Ade ke orang nak tinggalkan jam Rolex Bertahta Berlian Bersadur Emas 
mcm nie dalam toilet?
(Aku try cari gambar 'Rolex' yang aku maksudkan dalam Google,
tapi gambarnya membuatkan tekak aku geli-geli, so aku tak letak kat sini.
Korang cari la sendiri ye..hehehe)




Filem gangsterism yang terbaeeeek
Muka2 watak utama Young & Dangerous.



Hah!! Ni barisan pelakon Young & Dangerous Kg. Sg. Serai.
Iras2 je macam gambar kat atas kan?


p/s: Cer citer prank-prank lawak yang penah korang buat. Hehehehehe.









2 comments:

  1. hahahaha, jam rolex.. kelam kabut pergi tengok.. padan muka dia.. kalau rolex. ko dulu dah sapu.. hahaha

    ReplyDelete
  2. haha.kalau kena kencing mcm tue mahu jugak terbakar.kehkeh

    ReplyDelete