Lagi cerita nostalgia dari seorang aku yang diberi nama Nizam Bin Jasni. Peeergghh!! ayat nak pujangga plak kan? hahahahaha. Aku tak reti nak buat ayat marvelous super duper yammy ni, kite buat ayat simple je la ye? senang nak faham senang nak bace.
Alkisahnya nak tell a story about a long long time a go. Takde la long sangat kot, lebih kurang tahun 1988 atau 1989. Tahun aku mula-mula didedahkan dengan bas awam. Kisahnya dulu waktu berumur 1 hingga 6 tahun, aku dijaga oleh my beloved arwah Opah, Siti binti Haji Pengiran. Makayah aku kerja kat kilang Mardec dan kerja syif, so lebih mudah aku dijaga oleh arwah Opah aku di Kampung Seberang Kuala Perdik dekat Pangsun dalam Hulu Langat. Kalau korang nak ke Hutan Lipur Sungai Congkak dan Gunung Nuang, korang pasti akan lalu kat kampung nie.
Time aku dok dengan arwah Opah aku dulu, Opah selalu bawa aku jalan-jalan naik bas. Dulu bas Foh Hup Omnibus. Bas kaler Hijau Putih. Memang bas oldschool zaman P.Ramlee. Hahahaha. Bas Foh Hup nie la yang menghidupkan atau menjadi nadi Hulu Langat. Mula dari Kampung Melaka dekat Batu 9 membawa ke Pekan Batu 18 bercabang ke Pangsun dan ke Sungai Lui. Kalau takde la bas Foh Hup nie dulu, korang bayangkan nak dari Pangsun nak ke Pekan Batu 9 a.k.a Suntex je dah 25kilometer. Tu belum orang-orang Kampung Sungai Lui batu 20, ade lah dalam 30 kilometer. So bas-bas dari Syarikat Foh Hup Omnibus la yang menghubungkan semua kawasan dalam daerah Hulu Langat nie.
Ni lah pandangan tepi bas Foh Hup.
(Cari fullview gmbr bas xjumpe, so masuk gmbr ni je la..)
Salah 1 model yg digunakan Foh Hup.
Tapi korang bayang bas ni kaler Hijau la.
Lagi 1 model yg digunakan Foh Hup.
Aku start naik bas sendiri masa umur 11 tahun, tak silap aku time tue darjah 5. Sekolah Kebangsaan Sungai Serai lah sekolah aku. Dari Kuala Perdik nak ke sekolah rendah jauhnya lebih kurang 13kilometer. Kalau naik bas tu memang sempat tido la. Takde lah hari-hari naik bas, kalau ayahanda aku boleh hantar, dia akan hantarlah. Naik motor Suzuki GP125 a.k.a motor jaki jipang. Tiap kali ayah aku hantar pi sekolah aku dok atas tank. Syoookkk!! macam terbang. hehehehe.
Suzuki GP125
Berbalik kepada cerita bas awam tadi, dekat Hulu Langat nie dah banyak syarikat bas yang masuk. Kalau tak silap aku ada la dalam 6 syarikat bas pernah masuk. Itu pun yang aku tengok bermula tahun 1990 la kan. Mula dengan Syarikat Foh Hup Omnibus Bhd. (Aku ingat name penuh syarikat bas nie sebab Pak Long aku driver bas nie..selalu dapat special seat and free of charge..hehehe). Kemudian bas Parkmay Cityliner mula masuk. Nie dah masuk era baru bas tanpa konduktor. Yang ade, pakcik driver dengan mesin tiket kat sebelah dia. Lagi 1, nie lah bas transmisi automatik pertama yang aku tengok. Tukar gear pakai button je. Aku tengok canggih dah zaman tue. Aku dah masuk sekolah menengah masa Parkmay Cityliner mulakan operasi. Boleh tengok la pakcik-pakcik bas Foh Hup siap pesan kat budak-budak sekolah supaya jangan naik bas Parkmay Cityliner. Yang aku masih ingat alasannya, bas Parkmay punya sistem tiket tak boleh dapat baki. Kalau masuk duit syiling RM1 untuk tambang 60sen, memang lebur la baki duit korg tu. hahahaha.
Nie la rupe nye Bas Parkmay.
Tak lama lepas tu bas Parkmay dah kurang masuk kat kawasan Hulu Langat. Diganti sekejap dengan bas Metro yang selalu beroperasi kawasan Kajang. Tapi tak lame pun diorang punye service. Waktu nie perkhidmatan bas Foh Hup plak dah hampir sampai ke penghujung. Diorang tutup company. Maybe sebab bas diorang semua dah uzur sangat kot so kerajaan ganti dengan bas yang lebih baru dan selesa. Bila dah banyak tukar bas so harga tambang pun bertukar-tukar. Dari tambang 20sen sampai harga RM1, masa zaman bas Parkmay Cityliner. Bas awam langat yang last aku naik, Parkmay Cityliner ar. Time tue Form 5.
Bas Metro. Banyak dekat area KL.
Kemudian Parkmay Cityliner pun ghaib diganti dengan SJ Bus. Bus rempit ekzos perang tahan pecah gegendang telinga. Sekali bas nie lalu, korang pakai la earplug. Kalau tidak memang bernanah telinga. Asap toksah citer ar. Bas tue dok remp2 kat trafik light Pekan Batu 14, aku yang dok kat Kampung Sungai Serai boleh dengar sayup2 bunyi ekzos bas nie. Nie kira bas hardcore. Aku pelik jugak macam mane bas pattern macam nie boleh dapat permit angkut rakyat Hulu Langat. Hilang suasana kampung bila bas nie lalu. hahahahaha.
Bas rempit ekzos buloh. Nmpk standard tapi barang baeek punye.
Hari nie, yang aku tengok bas yang menjadi transport utama bas awam Hulu Langat, Rapid KL. Bas femes 1 Malaysia. Rapid Putra ada, Rapid Penang ada. Besar jugak syarikat bas nie. Bas cantik, moden, teknologi terkini, no more ekzos buloh, aman telinga. Tapi yang tak berapa best menurut adik aku yang kadang-kadang naik bas, tambang dah mahal and dah takde bas sekali naik boleh sampai KL. Sekarang sistem kene main lompat-lompat bas. Salah lompat memang ketempat lain la korang. hehehe.
Nie bas Rapid KL yang selalu wara-wiri depan umah aku tiap-tiap hari.
Sesiapa yang sezaman dengan aku,mesti ingat zaman balik sekolah bergayut kat pintu bas(bas penuh) sebab kalau miss bas kompem balik lepas Maghrib. Hahahaha. Ade plak since masuk pintu depan time konduktor kat belakang, bila konduktor pegi depan, menyelinap pi masuk pintu belakang lepas tue buat muka tak bersalah. Tak bayar tiket. Hehehehe. 50sen je pun. Mane kawan-kawan yang kecik-kecik dapat masuk dulu dalam bas mase tengah berebut-rebut tue, siap tolong booking seat untuk kawan-kawan yang kat bawah tu. Hahahaha. Ade semangat brotherhood.
p/s: ade kawan cakap dah taknak naik bas awam sebab naik bas pn dah
rase macam dok kat luar negara. Jeng! Jeng! Jeng!












