03 August 2011

Ramadhan : Food Testing

Assalamualaikum wbt...

          Apakah makanan yang first sekali terbayang didalam benak fikiran korang apabila tiba bulan Ramadhan. Ayat mudahnya, bila nak berbuka je korang nak makanan tu. Agaknya kalau ada orang yang buat kajian, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling banyak jenis makan yang akan kita rasa atau makan. Contohnya sebelum nie dalam sebulan tu makan McDeluxe, KFC, sate, nasi goreng kampung. Average, paling kuat pun 5, 6 jenis makan dalam sebulan. Tetapi sedar tak masa kita menyambut Ramadhan ni dalam sebulan sahaja kita akan makan bermacam-macam-macam-macam jenis makanan. 1 hari jew dah 5, 6 jenis makanan, kalau dah 30 hari? 

          Kaya orang yang jual juadah berbuka puasa ni. Memang pemandangan biasa di bulan Ramadhan orang bukan saja shopping baju raya, tapi yang pastinya tiap-tiap hari kita nampak orang berbondong-bondong balik rumah, sorang bawa 3, 4 bungkus plastik kaler merah, oren atau hitam. Dalam plastik tue mungkin ada 2 jenis air, kuih 4 jenis, ayam golek seekor (tambah lauk kat umah katenye) dan buah-buahan untuk pencuci mulut.

          Inilah aktiviti-aktiviti biasa yang berlaku ketika bulan Ramadhan. Family aku cakap bulan Food Testing. Rasa segala jenis makanan. Tapi family aku takde la gila beli makanan berlambak0lambak untuk berbuka. Menu berbuka biasanya Nasi putih, 2,3 jenis lauk (ayam@ikan@daging + sayuran) ngan 1 jag 2liter air sejuk ngan 1 cerek air panas, selalunya teh hijau @ teh cina. Kat rumah aku memang takde teh boh or lipton. Teh ayah aku beli dekat sebuah kedai cina muslim dekat Oldtown PJ katanya. Tiap kali balik kerja atau pergi kerja ayah aku akan singgah beli stok teh tu.

          Meleret pulak aku punye intro nie hahaha..Sebenarnya nak ajak bercerita tentang kuih-kuih yang akan senang dapat bila tiba bulan Ramadhan nie. Bila dah menaip tak buat rangka karangan macam cikgu-cikgu ajar dulu memang jadi macam ni lah kan? hahahaha..

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

Jenis-jenis kuih feberet bulan Ramadhan

1. Kuih Jongkong @ Bongko

    Kuih wajib dicari oleh family aku tiap kali Ramadhan. 2 tempat aku selalu cari kuih nie. Gerai tepi jalan dekat Taman Desa Pelangi dan 1 lagi dekat depan kedai kopi Ujang (kedai kopi turun temurun dari zaman arwah atok aku). 2 gerai ni je yang aku rasa kuih bongko (panggilan dikawasan umah aku) yang sedap cukup rasa segalanya. Tepung ubi campur dengan air kapur dan air pandan. Uli sampai tepung jadi kental pastu bungkus dalam daun pisang dengan gula merah, kemudian kukus. Sedap dimakan selepas disimpan sejuk dalam peti ais. hehehehe. Sedaaaaaappppp..





2. Kuih Tepung Pelita @ Kuih Sampan

    Kuih tepung pelita nie senang je nak cari walaupun dibulan-bulan lain sebab senang nak jumpa kat pasar malam disemua tempat. Tapi kuih ni pun menjadi kuih utama yang dicari dibazar-bazar Ramadhan. Tapi susah juga nak cari orang yang betul-betul pandai buat kuih nie sebab dekat kawasan Hulu Langat nie aku tak jumpa lagi yang sedap. Bahan nak buat kuih nie senang je. Untuk lapisan hijau tue, tepung beras, air pandan, gula, garam dan kapur sikit. Untuk lapisan putih tue plak, Tepung beras, santan pekat dengan sedikit gula. Letak dalam daun Pandan. Rasanya lemak-lemak sebab ada santan, ada manis sebab gula pastu ada masin sebab garam. Memang lagi 1 kuih yang sangat sedap yeeee..




3. Kuih Bakar

    Kuih bakar ni kuih feberet my Daddy, En. Jasni. Kalau beliau tau aku pergi bazar Ramadhan mesti beliau nak kirim kuih nie. Kuih tradisi kaler perang bakar diluar dan hijau didalam, berbentuk bulat berlekuk-lekuk ditepi. Kuih ini dibuat dengan tepung gandum, air pandan, gula dan telur. kemudian dibakar dalam oven. Mak aku cakap lebih sedap bakar guna arang kayu. Memang cara tradisi akan buat kuih lagi sedap.

 


4. Kuih Seri Muka

    Ini plak kuih feberet bonda tercinta, Pn. Norhayati. Sama seperti my daddy cool, jika beliau tau ada antara anak-anaknya pergi bazar, beliau akan order kuih kegemaran beliau ni. Rupa kuih nie 2 lapis kaler hijau diatas dan ada pulut dibawah. Sangat sedap dimakan bergitu saja. hahahaha. Bahan-bahan yang digunakan ubtuk buat kuih ni antaranya beras pulut untuk base-nya yang di'stim' dengan santan. Kemudian untuk topping yang kaler hijau tu bahan-bahan yang digunakan, tepung ubi, santan, gula dan for sure air pandan untuk rasa pandan nya la kan. Kalau nampak kat bazar Ramadhan memang terliur-liur la. Hehehehe.




+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

            Waduh kok!! 4 jenis kuih nie je dah buat aku rasa lapar pukul 3 petang nie. Hahahaha. Nie lah kuih-kuih yang selalunya ade atas meja makan rumah aku diwaktu waktu berbuka. Arini seri muka, esok bongko, lusa kuih bakar. Dan biasanya jugak kuih-kuih ne dibeli ngam-ngam je, tak lebih tak kurang sebab mak aku akan merajuk kalau masakan dia tak habis dimakan. hehehe.

           Lepas nie mungkin share pasal kuih yang ade dekat tempat lain yang takde kat tempat kita. hmmmm kuih ape ek?

3 comments:

  1. tahniah dah ada blog sendiri... pandai kamu masak ijam.. ingat cuma pandan masak ayam KR jer... he he.. Tarmizi Simin

    ReplyDelete
  2. ko wajib bawak kuih jongkong, aku nak rasa... tak pernah jumpa beb...

    p/s lawa header, nanti tolong buatkan header, aku tak reti la.. kalau bleh ajar sekali haaa

    ReplyDelete
  3. Ayah Chu: Saje nk try ber'blog' nie..hehehe..ade citer ijam post pastu ramai2 bace..hehehe



    Ikar: ok blh je..klu sabtu esk free aku dtg bwk ar..hehehe..

    Mau buat header boleh ma..lu kasi gmbr wa kasi buat lu pnya header..hehehe

    ReplyDelete