18 September 2011


Assamualaikum wbt?
Entry kali nie might be difference daripada kebiasaan. Aku tergerak untuk bercerita tentang episod cinta yang terjadi, maybe terjadi kepada sesiapa yang terbaca entry nie. Mungkin entry nie sebagai cerpen ynag mungkin ringkas. Lets read and feel it..

* * * * * * * * * * * * * * * *

Aku seorang pembantu pengurus disebuah restoran di ibu kota Kuala Lumpur. Waktu itu, seperti biasa aku mulakan hari bekerja ku dengan memeriksa stok makanan supaya cukup untuk digunakan sehingga aku tutup kedai malam nanti. Selepas aku selesai buat semua rutin kerja harian aku pun duduk melepak dengan staf-staf aku yang selalu panggil aku Sir Bob.

Bahan membahan, usik mengusik, itulah aktiviti kami jika tiada kerja nak dibuat. Kami dah macam adik beradik disini. Yang paling rapat dengan aku, Budin, budak pendek yang perangai macam pacat kena garam. Asyik terkinja-kinja dalam restoran. Aku pun rapat dengan Farid, budak gemuk yang kuat touching. Aku senang bekerja dengan mereka. Mereka lah yang selalu tolong aku buat paperwork untuk restoran. ir, sir xnak ngorat kakak saya ke? Ala kak Diba tue single ar. Boleh jadi abang ipar saya..hahahahaha? Kata Farid yang nak aku ngorat kakak dia. Diba tue one of my staff. Tak pernah pun aku terfikir nak couple dengan sesiapa waktu itu. Ala Farid, saya malas lar nak fikir hal-hal cintan-cintan nie. Hidup single macam nie lagi best tau.?

Sebenarnya hati aku bagai dah tertutup untuk bercinta atau menerima seorang perempuan selepas aku putuskan pertunangan aku 2 tahun sebelum itu. Dalam 2 tahun itu juga aku hidup lone ranger tanpa sibuk membalas sms atau bergayut dengan mana-mana awek. Aku pun tak tahu dan kurang pasti kenapa aku jadi macam tue. Orang cakap itu patah hati. Mungkin kot.

h, ade awek datang kat depan tue. Cun woooo..? Budin kalau dah nampak perempuan dahi licin memang itulah ayat dia. odoh la ko nie Budin, tue akak sedara aku tau tak? Farid bangun dan terus berjumpa dengan awek yang dia kata kakak saudara dia tue. ir! Ade keje kosong lagi tak? Kazen saya cari keje nie? o bagi jela borang tue bagi dia isi. Balas ku tanpa memandang ke arah diorang. Aku tengok juga muka awek tu. Muka ala ala anak mami, hidung mancung iras-iras Arabian sket. Aku tak tau kenapa dah ade dalam mind set aku, anak mami nie tak best banyak songeh. So, aku hanya acuh tak acuh dengan awek tue. But, tanpa aku sedar, haritu adalah pemulaan bab baru dalam hidup aku.

Selepas diinterview oleh pengurus lain, that new girl, start working maybe 3 atau 4 hari kemudian. Aku tak berapa ingat. Yang pasti bukan 1 shif dengan aku. Selepas seminggu baru aku tau nama dia. Tue pun kebetulan aku satu shif dengan dia. Nur Syaheerah, tapi aku dengar  Farid panggil dia Sherry. Gedik plak aku dengar name tue. Apa pun aku tengok dia rajin. Tak banyak curi tulang. Tak macam budak-budak lain yang pantang lepa, semua nak mengelat.

Day after day, aku start rapat-rapat dengan dia. Yang melucukan, dia takut dengan aku time tu. Nak minta apa-apa permission, dia akan suruh orang lain cakap kat aku. Aku ni makan orang ke?. Entah macam mane, awek yang dulunya aku dah tersalah tafsir dan tak berapa nak layan, telah mula menguis-nguis pintu hati aku. Dengan tiba-tiba, setelah 2 tahun menyingle? aku terasa nak mengayat dia.

Bakat mengorat dah tiada dalam jiwa aku so aku agak terkial-kial mencari punca atau first move  yang boleh menarik perhatian dia. Tiap-tiap kali aku pergi kerja aku mesti akan fikir cara nak berkomunikasi dengan dia. Not as superior and worker, but as friend. Sehinggalah satu hari dia cakap dia suka dengan rabbit. So cute, tapi tak kan aku tiba-tiba nak terus mencelah cakap aku pun suka rabbit kan?. Aku pun bagi soalan kat dia, wak nak saya belanja awak beli rabbit tak??Aku ingat lagi ayat nie. h, sir nak belanja saya beli rabbit ker?Hehehehe..betul ke??Sherry beri respon dengan tawaran aku tadi. ela, tapi ade syaratnye, cuba buat bunyi rabbit..? h sir nie, rabbit ade bunyi ker? Mcm ne bunyi dia??Tanya Sherry dengan nada pelik. de lar, kalau takde bunyi, macam mana dia nak panggil anak-anak dia??balas ku kepada pertanyaan dia. Macam mane bunyi rabbit yer wahai pembaca semua?

Malam tue aku beranikan diri hubungi dia dangan harapan kali ini dapat berborak lebih panjang. No dia aku ambil dalam file kerja dia. Sebagai pengurus aku dah menyalahgunakan kuasa aku. Dapat juga malam itu aku menghubungi dia. Antara topik yang diborakkan, bunyi rabbit. Aku ketawa sakan sebab dia percaya aku tau macam mana bunyi rabbit. Padahal aku tak tau langsung macam mana bunyi rabbit tue. Lama juga kami berborak. Masa tu aku rasa hati dah berbunga-bunga nak jadikan dia awek teman hidup aku. Rasa macam  first time dapat bercinta.

Bila aku dapat mandat untuk buat jadual staf, aku sengaja letakkan dia satu shif dengan aku. Senang nak berjumpa. Tapi aku tak buat tiap-tiap hari sebab takut orang lain tau. Kalau boleh aku nak benda ni dirahsiakan dari pihak atasan kerana polisi kerja tak membenarkan pasangan bekerja satu tempat. Kalau bos tau, mungkin salah seorang akan ditransfer ke tempat lain. So aku menyalahgunakan kuasa untuk ambil kesempatan bekerja 1 shif dengan dia tanpa orang lain dapat kesan niat sebenar aku.

For sure Sherry dah boleh jangka niat aku nak mengorat dia kan? Sebab aku selalu letak dia 1 shif dengan aku. Until one day ,27th May 2010, aku mengajak dia keluar berjalan-jalan. Aku setting cuti dia sama dengan aku. Waktu tu lah aku propose dia. Diatas sebuah bukit, berpandangan panorama Kuala Lumpur. Romantik tak tempat aku bawa dia tu? rmmm, Sherry, saya sebenarnya suka sangat dengan awak, sudi tak jadi kekasih or teman saya?? Itu lah ayat yang aku rasa dah habis romantik aku buat. aya tau awak suka kan saya, Farid ade bagitau..ermmm nak saya jawab sekarang ke??

Sebenarnya, Sherry mempunyai teman lelaki, orang pantai timur. Tetapi menurut kisahnya, teman lelaki dia ni jenis tak endah kan dia. Aku tahu kisah ni, dan aku bagi dia masa untuk fikirkan lamaran aku untuk jadi teman lelaki dia. Masa itu aku tak kisah langsung pasal budak pantai timur tu. Yang aku tahu, aku boleh ceriakan kesunyian dihati dia.

Disebabkan aku memang seorang yang suka mengambil berat dan sentiasa mencari peluang mencari masa untuk menemani dia, dia mula menyayangi aku. Kami mula menjadi pasangan kekasih. Dan hanya Farid sahaja yang tahu hal ini.



********************


to b continue soon. InsyaAllah.

1 comment:

  1. Sampai sekarang tak hubungan cinta tue?hehe.tak sabar nak baca sambungan cerita nei.

    ReplyDelete