31 July 2011

Ramadhan: Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M

Assalamualaikum wbt..

Sempena bulan Ramadhan ini aku nak buat link untuk maklumat waktu imsak dan
 berbuka puasa di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.



Selamat berpuasa, selamat ber'Tarawih' dan sama-sama kita memperbanyakkan ibadah.
Semoga ibadah kita mendapat keberkatan dari-Nya.






Thanks to : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk info jadual waktu Imsak dan berbuka puasa. 

29 July 2011

Kenape Hitam Kuning?

Assalamualaikum wbt...

Saje jew aku wat kaler hitam kuning nie..
Konon-konon Harimau Malaysia..
Hehehehe..

Saya tetap sokong Harimau Malaysia kita!!!

26 July 2011

Ramadhan: Fenomena trolley penuh

          Assalamualaikum wbt..
          Sedar tak sedar kita dah nak masuk atau melaluli bulan Ramadhan. Bulan seribu makna, seribu barakah, yang disambut dengan kesyukuran oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Dibulan Ramadhan inilah kita berusaha lebih gigih untuk beribadat kepada-Nya. Selain berpuasa, dibulan Ramadhan ini kita kena menjaga segala-galanya. Bebaskan diri dari perkara yang tidak mendatangkan faedah. 

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
 
          Antara hadis-hadis yang menjadi rujukan kita yang telah disabdakan oleh rasul junjungan kita Nabi Muhammad saw. Antara isi kandungannya adalah untuk menceritakan kepentingan dan kelebihan bulan Ramadhan ini. Di bulan Ramadhan inilah pintu Syurga dibuka sepanjang Ramadhan dan pintu Neraka tertutup. Syaitan diikat. Amalan-amalan dibulan Ramadhan juga boleh menjadi perisai kepada umat Islam dari perbuatan keji dan mungkar. Banyak lagi kelebihan-kelebihan Ramadhan yang Allah Taala turunkan untuk seluruh hamba-Nya.


Fenomena trolley penuh

        Tapi entry kali nie aku bukan nak story sepenuhnya pasal fadhilat-fadhilat Ramadhan tetapi aku nak berstory-mory tentang tabiat-tabiat kita bila tiba bulan Ramadhan. Time-time nak masuk bulan Ramadhan nie lah aku tengok kedai-kedai mula dipenuhi dengan stok-stok barangan untuk dijual. Dalam bulan Ramadhan nie lah ramai orang nak cari rezeki lebih. Promosi-promosi kuih raya tue memang dah confirm ada. Dekat kedai-kedai runcit pun buka extra table sebab nak jual kuih raya. Tue belum tengok kat ofis-ofis, akak-akak jual kuih Almond London, Choc Chips, Tat Nenas. Ada yang jual baju kurung & baju melayu. Kalau pergi jalan-jalan area kampung, banyak gerai tepi jalan yang jual buah, especially buah famous bulan Ramadhan, buah tembikai. Aku tau korang sume mesti jadi gila bila nampak orang potong buah tembikai waktu dalam puasa..hahahahaha..
          
Tapi bukan apa yang dijual aku nak ceritakan....
               
          Beberapa hari yang lepas aku pegi jalan-jalan kat Sogo. Memang ramai orang la kat dalam shopping complex yang famous dalam KL nie. Biasa lah kan, musim jualan murah. Untuk sambutan raya katanya. Waktu nie la kita boleh tengok tabiat-tabiat orang Malaysia kita nie. Bulan Ramadhan tak masuk lagi tapi shopping penuh berbakul-bakul macam esok nak raya. bukan sebab esok nak puasa tapi sebab macam esok nak raya.
 
          Aku selalu pegi Sogo nie, barang dia takde lah murah sangat bila diorang buat sales tue. Boleh tahan mahal juga harga nya. Tapi yang paling best, customer-customer yang membeli tak belah-belah tue shopping sampai penuh trolley. Ada yang tolak 2 trolley sekali gus. Dasyaaaaattttt.. Banyak duit diorang ye. Bila lah aku boleh kaya macam diorang tue?huhuhuhu





          Aku takde la tak setuju orang shopping banyak-banyak macam yang aku tengok aritu. Just nak cerita tabiat bila tiba bulan Ramadhan. Maybe diorang taknak shopping last-last minit sebab takut xsempat atau takut harga naik lagi tinggi. Aku nie plak bila nak standbay beli baju raya nie? Nak tempah memang dah takde kedai nak amik dah. Tapi kebiasaan aku shopping time malam raya. Baru ade feel nak shopping raya. hahahaha. 
 
          Kebiasaannya nak masuk bulan Ramadhan nie aku dok fikir cari port nak jual roti john & air tauhu. hehehe. Cari duit raya laaa. yang penting Ramadhan nie aku boleh sambut dengan Cik-Si-Dia. hehehehehe.
 
XOXOXOXOXOX
 
 

25 July 2011

Lagu Khas Untuk En.Ahmad

Mula-mula aku dengar lagu nie aku tak boleh berhenti gelak..
hahahahaha...
biasanya tajuk lagu @ isi lagu dibuat untuk perempuan@wanita..
tapi lagu nie khas untuk lelaki bernama Ahmad..

Takde ke lagu untuk aku?
hehehehe..
Ni..Ni..Nizam!!! Hahahaha





Hai Ahmad
Ahmad… Ahmad…
Pertama kali si aku malu-malu
Saat ku dekat ku ragu-ragu
Mungkinkah dia suka padaku
Ah Ah Ahmad…
Ternyata tanpa ku duga-duga
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya
Ah Ah Ahmad…
Dialah idola,
Dialah superstar
Mampu menggetarkan ranah jiwa
Dia yang ku nanti
Selalu terpuji
Ingin ku dekat, selalu ku dekat
Ahmad
Kau selalu dihatiku
Ahmad
Luluhkan keangkuhanku
Ahmad
Ingin aku cepat-cepat
Bercinta dengan lelaki paling hebat
Ahmad
Peribadinya sederhana
Ahmad
Tiada banyak bicara
Ahmad
Ku tak mahu lama-lama
Mendekat kepadaku dengan segera
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….
Ah Ah Ahmad….

Ahad: Kegembiraan & Family 1 Malaysia

Assalamualaikum wbt..

First, den nk ucapkan tahniah kpd Zulliawanny and Muhamad Hakim@Anand..
Selamat pengantin baru abg Ijam ucapkn utk korg ye..
Den jugak nak ucapkan tahniah kepada keluarga 
sahabat den Ikar (Abg kpd pengantin perampuan) sekeluarga 
sbb dh jd Family 1 Malaysia..
Dalam family diorg ade Melayu, India and Cina.
Real keluarga harmoni 1 Malaysia..
Den memang tak boleh nak lupa tengok si Abg menyakat adik kat atas pelamin..
Hahahaha.
Adik2 ko mesti sayang ngan ko kan Ikar? Hehehehe..
Tapi den takdo photo Ikar merenjis adik dio tue..memang lawak..

One more thing yang buat den raso gembiro sobab den dapek keluar
dongan my special Ngokngek.
Selepas sekian lamo tak berjumpo sobab buzy dongan hal masing-masing.
Thanks to my dear Ngokngek sobab toman ABANG nie yoo..hehehe...

Habih daaaaa...nnti2 la den citor lagi yoo000..
p/s: name si dia xboleh di'mention' sbb den maleh kono kaco ngan stalker2 xmalu tuu..