08 May 2012

Anak Kampung Jimmy Palikat Feat One Nation Emcees With Lyrics



Lirik Lagu Tanak Kampung (Versi Melayu) -Jimmy Palikat 

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan 
dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran 
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda 
lagi orang kaya

Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna 



18 September 2011


Assamualaikum wbt?
Entry kali nie might be difference daripada kebiasaan. Aku tergerak untuk bercerita tentang episod cinta yang terjadi, maybe terjadi kepada sesiapa yang terbaca entry nie. Mungkin entry nie sebagai cerpen ynag mungkin ringkas. Lets read and feel it..

* * * * * * * * * * * * * * * *

Aku seorang pembantu pengurus disebuah restoran di ibu kota Kuala Lumpur. Waktu itu, seperti biasa aku mulakan hari bekerja ku dengan memeriksa stok makanan supaya cukup untuk digunakan sehingga aku tutup kedai malam nanti. Selepas aku selesai buat semua rutin kerja harian aku pun duduk melepak dengan staf-staf aku yang selalu panggil aku Sir Bob.

Bahan membahan, usik mengusik, itulah aktiviti kami jika tiada kerja nak dibuat. Kami dah macam adik beradik disini. Yang paling rapat dengan aku, Budin, budak pendek yang perangai macam pacat kena garam. Asyik terkinja-kinja dalam restoran. Aku pun rapat dengan Farid, budak gemuk yang kuat touching. Aku senang bekerja dengan mereka. Mereka lah yang selalu tolong aku buat paperwork untuk restoran. ir, sir xnak ngorat kakak saya ke? Ala kak Diba tue single ar. Boleh jadi abang ipar saya..hahahahaha? Kata Farid yang nak aku ngorat kakak dia. Diba tue one of my staff. Tak pernah pun aku terfikir nak couple dengan sesiapa waktu itu. Ala Farid, saya malas lar nak fikir hal-hal cintan-cintan nie. Hidup single macam nie lagi best tau.?

Sebenarnya hati aku bagai dah tertutup untuk bercinta atau menerima seorang perempuan selepas aku putuskan pertunangan aku 2 tahun sebelum itu. Dalam 2 tahun itu juga aku hidup lone ranger tanpa sibuk membalas sms atau bergayut dengan mana-mana awek. Aku pun tak tahu dan kurang pasti kenapa aku jadi macam tue. Orang cakap itu patah hati. Mungkin kot.

h, ade awek datang kat depan tue. Cun woooo..? Budin kalau dah nampak perempuan dahi licin memang itulah ayat dia. odoh la ko nie Budin, tue akak sedara aku tau tak? Farid bangun dan terus berjumpa dengan awek yang dia kata kakak saudara dia tue. ir! Ade keje kosong lagi tak? Kazen saya cari keje nie? o bagi jela borang tue bagi dia isi. Balas ku tanpa memandang ke arah diorang. Aku tengok juga muka awek tu. Muka ala ala anak mami, hidung mancung iras-iras Arabian sket. Aku tak tau kenapa dah ade dalam mind set aku, anak mami nie tak best banyak songeh. So, aku hanya acuh tak acuh dengan awek tue. But, tanpa aku sedar, haritu adalah pemulaan bab baru dalam hidup aku.

Selepas diinterview oleh pengurus lain, that new girl, start working maybe 3 atau 4 hari kemudian. Aku tak berapa ingat. Yang pasti bukan 1 shif dengan aku. Selepas seminggu baru aku tau nama dia. Tue pun kebetulan aku satu shif dengan dia. Nur Syaheerah, tapi aku dengar  Farid panggil dia Sherry. Gedik plak aku dengar name tue. Apa pun aku tengok dia rajin. Tak banyak curi tulang. Tak macam budak-budak lain yang pantang lepa, semua nak mengelat.

Day after day, aku start rapat-rapat dengan dia. Yang melucukan, dia takut dengan aku time tu. Nak minta apa-apa permission, dia akan suruh orang lain cakap kat aku. Aku ni makan orang ke?. Entah macam mane, awek yang dulunya aku dah tersalah tafsir dan tak berapa nak layan, telah mula menguis-nguis pintu hati aku. Dengan tiba-tiba, setelah 2 tahun menyingle? aku terasa nak mengayat dia.

Bakat mengorat dah tiada dalam jiwa aku so aku agak terkial-kial mencari punca atau first move  yang boleh menarik perhatian dia. Tiap-tiap kali aku pergi kerja aku mesti akan fikir cara nak berkomunikasi dengan dia. Not as superior and worker, but as friend. Sehinggalah satu hari dia cakap dia suka dengan rabbit. So cute, tapi tak kan aku tiba-tiba nak terus mencelah cakap aku pun suka rabbit kan?. Aku pun bagi soalan kat dia, wak nak saya belanja awak beli rabbit tak??Aku ingat lagi ayat nie. h, sir nak belanja saya beli rabbit ker?Hehehehe..betul ke??Sherry beri respon dengan tawaran aku tadi. ela, tapi ade syaratnye, cuba buat bunyi rabbit..? h sir nie, rabbit ade bunyi ker? Mcm ne bunyi dia??Tanya Sherry dengan nada pelik. de lar, kalau takde bunyi, macam mana dia nak panggil anak-anak dia??balas ku kepada pertanyaan dia. Macam mane bunyi rabbit yer wahai pembaca semua?

Malam tue aku beranikan diri hubungi dia dangan harapan kali ini dapat berborak lebih panjang. No dia aku ambil dalam file kerja dia. Sebagai pengurus aku dah menyalahgunakan kuasa aku. Dapat juga malam itu aku menghubungi dia. Antara topik yang diborakkan, bunyi rabbit. Aku ketawa sakan sebab dia percaya aku tau macam mana bunyi rabbit. Padahal aku tak tau langsung macam mana bunyi rabbit tue. Lama juga kami berborak. Masa tu aku rasa hati dah berbunga-bunga nak jadikan dia awek teman hidup aku. Rasa macam  first time dapat bercinta.

Bila aku dapat mandat untuk buat jadual staf, aku sengaja letakkan dia satu shif dengan aku. Senang nak berjumpa. Tapi aku tak buat tiap-tiap hari sebab takut orang lain tau. Kalau boleh aku nak benda ni dirahsiakan dari pihak atasan kerana polisi kerja tak membenarkan pasangan bekerja satu tempat. Kalau bos tau, mungkin salah seorang akan ditransfer ke tempat lain. So aku menyalahgunakan kuasa untuk ambil kesempatan bekerja 1 shif dengan dia tanpa orang lain dapat kesan niat sebenar aku.

For sure Sherry dah boleh jangka niat aku nak mengorat dia kan? Sebab aku selalu letak dia 1 shif dengan aku. Until one day ,27th May 2010, aku mengajak dia keluar berjalan-jalan. Aku setting cuti dia sama dengan aku. Waktu tu lah aku propose dia. Diatas sebuah bukit, berpandangan panorama Kuala Lumpur. Romantik tak tempat aku bawa dia tu? rmmm, Sherry, saya sebenarnya suka sangat dengan awak, sudi tak jadi kekasih or teman saya?? Itu lah ayat yang aku rasa dah habis romantik aku buat. aya tau awak suka kan saya, Farid ade bagitau..ermmm nak saya jawab sekarang ke??

Sebenarnya, Sherry mempunyai teman lelaki, orang pantai timur. Tetapi menurut kisahnya, teman lelaki dia ni jenis tak endah kan dia. Aku tahu kisah ni, dan aku bagi dia masa untuk fikirkan lamaran aku untuk jadi teman lelaki dia. Masa itu aku tak kisah langsung pasal budak pantai timur tu. Yang aku tahu, aku boleh ceriakan kesunyian dihati dia.

Disebabkan aku memang seorang yang suka mengambil berat dan sentiasa mencari peluang mencari masa untuk menemani dia, dia mula menyayangi aku. Kami mula menjadi pasangan kekasih. Dan hanya Farid sahaja yang tahu hal ini.



********************


to b continue soon. InsyaAllah.

13 September 2011

Memori Prank Lawak

Assalamualaikum wbt..

     Pada asalnya aku nak post kan lagi gambar-gambar logo yang aku photoshop'kan macam entry lepas,Bila Topup Pun Kena Cukai. Tapi tiba-tiba nak bercerita pasal lawak-lawak yang pernah aku buat dan lalui sepanjang hidup aku. Nie gara-gara baca entry Lawak Tak JAdi oleh En.Zulfikar Hazri.

"Ala..Ikar nak wat citer lawak, apsal ko pun nak buat?"

"Lantak ar, aku suka bace blog dia, tengok, ayat aku pun macam ayat dia..hahahaha"

* * * * * * * * * * * * * * * * *

 1. Prank Lawak Tandas

"Ikar dah buat lawak tandas, ko pun nak citer tandas watpe?"

"Iiiisssshh, citer tandas aku laeeeeennnn.''

     Biasa la, dulu masa zaman-zaman jadi mat rempit budiman berhati mulia, aku & the geng (Ery, Epi & Arm) selalu kuar lepak-lepak area KL. Lawak tandas yang aku nak citer nie jadi mase aku pergi SOGO. Tandas tingkat 7 atas Food Court Sogo. Aku dah tak tahan nak wee wee tinggal hujung sikiiiitt jew..

"Apehal mahal sangat nie?! Nak kencing pun bayar 30sen?"

"Ini bos saya yang letak harga bang, komplen sama bos la."

Agak kerek ar jawapan cleaner tandas yang dok kat pintu masuk tandas tue.

"Bayar jer ar jam, bayar untuk kitorang sekali..heheheh"

"Chait! nak kencing pun kene pow?"

     Dalam tandas tu ade 4 jamban, so ngam-ngam la untuk kitorang berempat. Tapi mase tue aku rasa betul-betul malang. mula-mula tandas mahal pastu kene pow plak dan malang berikutnya, aku jumpa jam Rolex bertahta berlian bersadur emas 24karat dalam jamban!!!! Korang tau tak jam yang aku maksud kan nie?

"Bang, tandas ko bagus ar, bersih wangi cantik. Siap ade orang tertinggal jam tangan mahal dalam jamban 1st tue. Pegi la amik, kot-kot tuan dia datang cari balik."

"Yeke? betul ke ade orang tertinggal jam? Kenapa tak amik jer dik?"

"Isshh, taknak la, jam mahal tue, takut nak pegang."

Terkinja-kinja cleaner tue pergi masuk dalam tandas nak ambil jam tu. Aku dengan budak-budak nie sume dah standby dekat eskelator, nak lari.

"Bodo haram jadah punye budak!!!! Itu bukan jam tangan!!!! Itu TAHI tau tak!!!!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!! Terbaeeeeeekkkkk!!! Cantik tak jam tue?"

     Korang nak tengok ke macam mane rupa jam Rolex bertahta berlian bersadur emas 24karat tue? Hehehehehe.. Tak payah la kot. Kang ade yang tak lalu makan nanti. Panjang weeeehhh...Besar plak tue.



2. Prank Kena Pukul

     Mase tue dah pukul 11 malam, aku jadi bosan dok menebeng kat umah. Aku decide nak kuar ronda-ronda naik motor LC135. Mase tu motor tu baru je kuar kedai so berjalan-jalan naik motor baru la.
Aku lepak dekat mamak Aziz Station Kg. MElaka.Tengah lepak sorang-sorang tu, aku dapat idea nak mengenakan member-member aku.Aku call hp Ery.

"Ello dok, tolong aku!!! aku kene pukul nie."

"Hah!!?? teruk ke? sape pukul ko nie? Ko kat mane?"

"Ntah la..aku taklarat nak bawak motor nie..aku kat depan kedai Aziz nie.."

"Jap2..ko nie ye ye je kene pukul. Ko nak kencing aku ni kan?"

"Betul la..aku penah tipu ko ke?"

"Tipu memang tak penah tapi buat lawak sial tu selalu.."

Alamak, mase tu aku dah rase prank aku tak menjadi. Aku teruskan lakonan.

"Takpe ar dok, aku try balik sendiri ar. Aduuuuuuhhhhhh!!!"

"Takpe2 ko tunggu aku datang."

     Tak sampai 15minit Ery sampai dengan budak-budak kampung termasuk 2 orang adik aku. Kedai mamak tue tak jauh pun.  Semua orang dalam kedai mamak tue nampak terkejut dan table sebelah aku yang menyaksikan aksi lakonan aku tadi dah mula tersengih-sengih sebab diorang pun tau prank aku menjadi. Hehehehehe.

     Diorang datang beramai-ramai, ade la dalam 15 orang. Masing-masing bawak batang kayu. Dah macam citer Young & Dangerous plak aku tengok diorang.

"Hantu punye gemok!!! lu kencing!!! aku dah agak dah mesti kencing punye!!!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!"

"Mati-mati aku ingat ko dah terkulai ko tau tak???!!!!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!"

"Ape gelak2? Malu ko tau tak." 

"Relax ar kawan2, aku boring sebenarnye. Lagipun aku memang nak ajak korang lepak sini, aku nak belanja makan."

     Ok tak prank macam nie? Nasihat aku, kalau kawan2 korang tak sehati sejiwa baik jangan buat takut hilang kawan plak nanti. Niat aku memang nak belanja diorang makan sebab tepat pukul 12 malam tue besday aku 9 September. Kalau buat invitation biasa-biasa jew maka tak trill la kan? Sekurang-kurangnya bila tiba besday aku, aku mesti ingat peristiwa prank kedai Aziz Station Nie. Hehehehehe.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * 


Ade ke orang nak tinggalkan jam Rolex Bertahta Berlian Bersadur Emas 
mcm nie dalam toilet?
(Aku try cari gambar 'Rolex' yang aku maksudkan dalam Google,
tapi gambarnya membuatkan tekak aku geli-geli, so aku tak letak kat sini.
Korang cari la sendiri ye..hehehe)




Filem gangsterism yang terbaeeeek
Muka2 watak utama Young & Dangerous.



Hah!! Ni barisan pelakon Young & Dangerous Kg. Sg. Serai.
Iras2 je macam gambar kat atas kan?


p/s: Cer citer prank-prank lawak yang penah korang buat. Hehehehehe.









11 September 2011

Bila Topup Pun Kena Cukai

Assalamualaikum wbt...

Entry kali nie untuk sesiapa yang rase berbulu bila 
nak topup pun kene tax.

 U GOT X, U PAY TAX


 TAX IS IN YOUR HAND


 TAX UNLIMITED


 TAX WILL FOLLOW YOU
(MAMBANG KUNING FOLLOW NAIK BENTLEY SEBAB DAH KAYA)


TAXABLE MOBILE PREPAID 


p/s: Korang bayangkan sekarang pun dah ade kedai-kedai prepaid yang kne kan tax 50sen @ singgit.
        Bila dah ade 6% tax nie, yang asalnya RM10.60 boleh jadi RM 11.00 tak pun RM11.60.
         Macam ayat Zizan aka Fadil dalam KL Gangster " Chait! Macam sial la!!" 

25 August 2011

Ramadhan: Kuih Raya & Ikan Uji Rashid

Assalamualaikum wbt...


     Ape kuih raya yang korang buat untuk hari raya nanti. Pecaya tak aku buat kuih raya? Takat gentel-gentel nak buat Almond London tue takde hal la.


     Tiap kali bulan puasa dan nak masuk Syawal, aku ngan mak aku dah plan-plan dah nak buat kuih ape. Kuih yang biasa yang mak aku selalu nak wat, Almond London, Kacang Pedas, Maruku, Biskut Makmur, Semprit ngan Kerepek pisang.


     Bayangkan mak aku buat sume kuih tue sorang-sorang. Anak pompuan takde so mak aku buat kuih tue sorang-sorang la biasa nye. Tapi kalau aku free aku tolong gak ar. Sambil-sambil tue bergosip la bagai. Hehehehehehe..


"Mak ade beli bubble rice nie, nak buat ape ek?"


"Aik? Mak yang beli, mak tanye ijam nak watpe plak?"


"Mak tgk Liza buat bubble rice nie campur ngan coklat je. Ko buat la mak penat nie."
(Liza adik sedara aku, anak makngah aku yang gile buat kuih.)


"Alrite mama! Leave it to me."


"Boleh pecaye ke ko nie?Kang berterabur barang atas meja nie."


"Relax ar mak, ijam kan bekas chef. xde hal la..hehehe"


     Maka jadi lah biskut bubble rice choc yang aku buat tue. Memang kelam kabut aku buat. Lupa plak yang coklat masakan tu cepat beku. Aku plak dengan selamba bancuh sebungkus bubble rice tue. Kelam kabut nye time nak masukkan dalam cup kecik2 tue. Mak aku turun tengok aku dah kelam kabut, so, naluri seorang emak yang sentiasa sayangkan aku nie, mak aku pn tolong aku masuk kan adunan tue dalam cup. Memang comot la kan. Mane taknye, setahun sekali buat kuih. Hahahaha.


Biskut Semperit, yang nie mak aku buat.

Almond London, hah! yang nie aku buat..hehehe

Biskut Choc Bubble Rice, pun aku yang buat 
tapi nie gambar amik tempat lain.

Nie plak biskut Makmur yang mak aku buat.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

     Sambil-sambil buat kuih aku mengumpat ber story morry ngan mak aku. Habis sume cerita zaman mak aku budak-budak dulu mak aku cerita. Dari mandi kat sungai betong sampai ke cerita punca mak cik Imah  tak makan ayam sejak tahun 70'an.

     Nak tau kisah makcik Imah tue? Dia tak makan ayam sebab mase tengah gotong royong kenduri, dia cuci ayam kat tepi sungai. Tengah dok syok tarik isi ayam tue terburai la tempat simpanan bahan kumbahan ayam tue then termasuk ke mulut dia. Sebab tue la dia xpenah makan ayam sampai sekarang. Tak ingat dah umur dia brape sekarang. Tua dah.

     Dalam dok berborak dengan mak aku, aku tgk jam dah pukul 5 lebih.Mak aku masak ape ek?

"Mak masak ape berbuke nanti?"

"Ko nak makan ape?"

"Ermmmm..Ikan ade tak dalam peti ais?"

"Ade."

"Ikan ape?"

"Ikan Uji Rashid. Mak goreng buat sambal la ok?"

     Ikan Uji Rashid? Dalam kepale aku boleh merewang fikir yang ikan tu Uji Rashid yang jual. Tak pun ikan tue makanan feberet Uji Rashid. Dah name pun artis kan? Ape yang artis makan mesti peminat nak makan lagi pun mak aku memang peminat Uji Rashid.

Uji Rashid. Penyanyi popular sejak tahun 70'an


"Uji Rashid makan ikan tue ke mak?"

"Tak la, ikan tu memang orang panggil ikan Uji Rashid."

"??????????????"

"Ye tuan-tuan puan-puan kak jah cik kiah oooiiiii. Memang orang panggil ikan tu ikan Uji Rashid yerrr. (cakap cara Chef Wan). Ko nak tau Cik kiah? Nape ikan tue orang panggil ikan Uji Rashid?"

     Menurut cerita dari mak aku, ikan lolong merah bermata besar tue dipanggil ikan Uji Rashid sebab mata ikan tue besar macam mata Uji Rashid dan waktu ikan tue mula-mula dijual dengan banyak, Uji Rashid nie tengah naik. Ingat trend sekarang je ke letak name barang tudung mawi la, tudung wardina la, justin bubur la. Tahun 70'an pun dah ade tau. IKAN UJI RASHID.


Ikan Uji Rashid a.k.a Ikan Lolong Merah


p/s: ade tak name ikan yang guna name artis selain ikan ui rashid?


   


19 August 2011

Dulu-dulu: Buku Sang Kancil & Silap Mata

Assalamualaikum wbt..

    Lame aku tak post entry baru. Sebab ape? Hmmm mungkin sebab takde idea kot. hahahaha. Tapi entry kali nie aku nk ucapkan terima kasih kt Epy, adik aku yang telah buat permintaan untuk aku story pasal citer sekolah rendah.

     Korang mesti dah bace cerita blogger-blogger lain pasal nostalgia zaman sekolah rendah kan? Tapi takpe kot kalau aku nak realisasikan permintaan adik aku nie. Sayang adik la kate kan. Hehehehe. (mesti si Epy nie geli geleman bace ayat aku sayang adik aku..hahahah)

      Alkisahnye Epy nie baru lepas beli handphone baru, Blackberry, dan aku salute kat dia sebab bagi handphone lame dia (yang agak canggih jugak) kat emak tersayang. Apa lagi tersenyum simpul la emak kitorang dapat handphone baru.

"Ko watpe tu jep?"

"Tengah main Blackberry Messenger ngan member aku. Borak pasal sekolah rendah. Jam, ko wat la citer pasal sekolah rendah dalam blog ko..hehehe..boleh tak?"

"Ok best gak tu."

******************

Masa sekolah rendah.........

"Banguuuuuuuuuun!!!! Assalamualaikum Abang!!!"

       Apasal abang plak? Korang ingat tak zaman sekolah rendah dulu ada abang-abang and kakak-kakak yang hensem-hensem dan cun-cun datang masuk dalam kelas promote buku cerita?

     Mula-mula diorang tunjuk kat depan kelas pelbagai jenis buku. Seingat aku buku cerita rakyat. Citer sang kancil dengan buaya la, pak pandir la, buku mewarna la. Macam-macam buku diorang jual. 

      Lepas tue tiap-tiap murid dalam kelas dapat satu slip borang untuk order. Cara order dia, hari nie korang dapat borang order untuk korang bawa balik tunjuk kat makayah. Nanti abang-abang tue akan set satu tarikh diorang akan datang untuk jual buku-buku tue.

      Balik jer dari sekolah, bermula la aksi mengade-ngade nak pujuk makayah. Tak pun ade yang balik-balik jer dari sekolah tibe-tiba terus rajin tolong ayah sapu sampah keliling rumah, tolong cuci tingkap tak pun tolong basuh kereta ayah korang walaupun kereta ayah korang tue baru je basuh pagi tadi. Sebab ape? Sebab nak beli buku sang kancil laaaaa.

        Tersengih-sengih la kite pada hari yang dijanjikan, bawa duit yang makayah bagi nak pegi beli buku sang kancil. Dulu harga buku tue dalam RM 2 hingga RM 5 je kot. Atau murah lagi, aku dah tak berapa ingat. Melompat sakan lepas dapat beli buku tue. Tunjuk kat kawan-kawan yang tak beli. Tak selak pun buku tue. Tunggu balik rumah dulu.

      Sampai jer kat rumah terus tunjuk kat makayah. Makayah kite pun belek la buku tue. Lepas makayah dah belek, kite bawak masuk bilik, kite pulak yang belek. Tengok gambar dulu, ade sang kancil, monyet, buaya, kura-kura. Macam-macam lagi gambar yang ade. Lepas tue? TAK BACE pun sebab dari tadika lagi cikgu dah cerita, kat RTM 1 pun selalu keluar cerita program kanak-kanak cerita pasal sang kancil. So dah hafal jalan cerita, baru nak baca 'Pada suatu hari......' terus dah tau jalan cerita.

       Macam tue la peel aku dulu bila salesman buku datang sekolah dulu. Sebab tue aku cerita bende nie. Yang aku hairan kenapa ramai yang beli walaupun dah tau jalan cerita semua buku tue. Tapi lepas terkantoi dengan ayah aku, ayah aku jumpe buku tue bawah katil. Memang dia tak layan la kalau aku nak beli buku cerita macam tue lagi... Hahahaha padan muka aku.

Contoh buku cerita sang kancil. 

*******************



    Korang ingat tak masa sekolah rendah ada orang datang buat pertinjukan silap mata? SK Sungai Serai selalu dapat kunjungan dari orang perseorangan untuk buat pertunjukan solo silap mata.

      Kat sekolah aku yang femes dulu S.A Bakar. Persembahan dia yang paling best sampai budak-budak tertunggu-tunggu dia datang buat persembahan.
   

Nie jer gambar yang aku jumpe. Lelaki dalam gambar nie la S.A Bakar.


     Masa ahli-ahli silap mata nie datang, semua berebut-rebut nak beli tiket silap mata. Lepas tue berebut nak duduk depan stage dengan harapan magician akan panggil naik atas stage jadi assistant. 


     Aku ingat lagi ade budak sekolah aku dapat jadi assistant unuk satu trick yang agak horror. Trick potong tangan. Mula-mula punye excited budak tue dapat naik atas stage tue. Sekali magician bawak keluar timun dan alat pemotong. Magician demo dengan timun dulu, sekali tekan jer terus putus timun tue. Apa jadi kat budak tadi? Tiba-tiba dia hilang dari atas stage. Hahahahaha. Takut tangan kena potong. Tapi last-last budak tue surrender sebab magician turun bawah tarik dia naik atas. Nak sangat jadi assistant kan? Tapi dah name pn silap mata kan, so tak putus pun tangan budak tue. Yang jadi penonton sume menganga dan 


"Wooooooooooooowwww~~~ macamne dia buat ek? magik kan?"


     Budak yang jadi assistant tue plak turun dengan muka pucat dan terpinga-pinga sambil pegang tangan yang kena potong tapi tak putus tue. Kawan kat bawah pun tarik tangan budak tue, belek-belek kot-kot la ade kesan kena potong. Aku pun tak tau macam ne magician buat trick tue. Huhuhuhuhu.


     Time tue ade jugak trick simple yang ditunjukkan, trick makan duit syiling. Sekali dia gigit duit syiling tue, terus putus duit tue. Tapi trick tue aku dapat fugure out dah. Tue pun selepas beberapa tahun, mase tue aku pergi Leisure Mall. Ade booth yang jual alat-alat magic. Hahahaha. Bertahun aku kene tipu dengan trick tue. Hahahaha.





*********************


     Aku rase sekarang nie sekolah-sekolah dah takde buat aktiviti macam nie. PAnggil magician datang buat show. Abang-abang buku datang jual buku sang kancil. Dah jarang ade sekarang nie. Sebab budak-budak sekarang dah advance. Nak tengok magic, pergi komputer lab sekolah, search kat internet. Siap boleh belajar trick magic lagi tue. Buku sang kancil? mane ade budak-budak layan dah. Kat TV pun dah takde keluar lagi cerita sang kancil tue.


     Banyak lagi benda yang dulu ade buat tapi sekarang takde buat dah. Tapi trick magic paling best dan dari dulu sampai sekarang budak-budak sekolah akan buat, trick Hilang Dari Sekolah. Pukul 7.30 pagi ada kat depan pintu pagar sekolah, pukul 9.00 tiba-tiba ade kat tempat lain. Hahahaha. Magic trick macam David Copperfield buat.