23 February 2011

"Pelita" by A.P.I



Tak pernah sesaatnya ku meragui
apa yang telah aku temui selama ini
Tak pernah sesaatnya ku menyesali
apa yang telah aku nikmati
apaku alami
Selagi hayat dikandung badan......

Takkanku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir..

Tak pernah sesaatnya ku meragui
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan....

Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur....

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur...........

Tak pernah sesaatnya aku meragui
Apa yang telah aku temui selama ini.......

14 February 2011

UNGU-aku bukan pilihan hatimu

Jika memang diriku
Bukanlah menjadi
Pilihan hatimu
Mungkih sudah takdirnya
Kau dan aku
Takkan mesti bersatu
Haruslah slalu kau tahu
Ku mencintaimu di sepanjang waktuku
Harus slalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Karena ku yakin
Cinta dalam hatiku
Hanya milikmu
Sampai akhir hidupku
Karena ku yakin
Di setiap hembus nafasku
Hanya dirimu
Satu yang slalu ku rindu

Asam Garam Hidup

Hidup ibarat roda yang berpusing-pusing.Kejap diatas kejap dibawah.
Kalau diatas tue Alhamdulillah la kan? Tapi bagaimana rasenye bila kita berada dibawah?
Setiap insan atau hamba Allah dalam dunia nie pasti akan merasa saat2 kepahitan, kepayahan,
Kesusahan dalam hidup mereka. Yang tak pernah rase tue haruslah bersyukur kerana
Allah swt itu sentiasa memberikan keselesaan.
                Ingin menceritakan tentang diriku yang kini aku rasakan aku berada dibawah.
Apa yang menimpa diri aku kini aku anggap sebagai cubaan tau ujiandaripada Allah swt.
Apa pun aku sangat-sangat berterimakasih kepada kawan2 yang telah memberikan bantuan
dan semangat untuk aku terus gagah hadapi kepayahan ini.
                Setiap kejadian ada hikmah yang tersurat mahupun yang tersirat.Aku kini dapat
mengenali siapa orang yang benar2 akan berada disisi aku diwaktu aku dalam kepayahan.
Teman yang bertegur sapa, senyum, bergurau danjuga yang menyayangi aku sewaktu aku
senang kini sudah pergi meninggalkan aku. Terasa hinanya diriaku.
                Tapi aku amat bersyukur kerana diwaktu susah ini masih ada lagi teman yang masih
menerima diri aku. Aku berasa bersyukur kepada Allah swt kerana telah menunjukkan
segala-galanya. Terima kasih kepada teman2 ataupun sangat layak aku panggil mereka sahabat.
                Aku berharap dan berdoa agar aku dapat bangun semula untuk aku balas jasa-jasa
mereka yang telah sudi menerima dan membantu aku. InsyaAllah.
Kepada teman dan kawan2 yang telah pergi dari hidupku, aku juga akan mendoakan
agar sentiasa bahagia menjalani hidup kalian. Apapun aku xpenah nak marah atau berdendam
kepada mereka yang meninggalkan aku. Kerana itu adalah pilihan masing2. Ikut logiknya, aku
dah tiada apa2 dan tiada apa lagi yang dapat aku beri kepada mereka.

11 January 2011

Disebalik Kejayaan

        Ade sesetengah orang langsung tak amik 'port' pasal hal-hal kejayaan nie. Contohnye, orang dok sibuk kelam kabut nak study nak exam tapi si 'tak amik port' ni dok relax tido dalam bilik, berfoya-foya. Tapi ade jugak yang berusaha bermati-matian untuk peroleh kejayaan. Contohnye, arwah Sosilawati tue. Sume orang tau dia penah toreh getah, jual kuih, wat 'direct selling' kecil-kecilan sampai dah jadi nama besar dalam Malaysia. Kalau kena caranye InsyaAllah, takde apa yang mustahil.

       Nak berjaya pulak ade macam-macam cara. Ade yang menipu dan putar belit baeeeek punya demi mencapai kejayaan. Macam kes-kes yang penah jadi dan mungkin masih lagi terjadi, tipu orang kampung beli tanah nak buat kebajikan.(nie sebagai contoh laa..). Ade yang sanggup membunuh demi kejayaan. Seperti yang baru gemparkan Malaysia, jutawan kosmetik kene bunuh tue. Innalillah.....

       Kejayaan itu memang best kalau dikejar dengan cara yang betul. Semua orang nak mengejar kejayaan. Orang yang takde minat untuk berjaya ibarat orang yang takde cita-cita. Ada yang sanggup aniaya orang lain hingga tahap rasuah, menipu, fitnah sana sini atau bunuh orang lain sebagai jalan untuk berjaya. Adakah hidup orang macam nie akan bagus?

       Lumrah hidup kadang-kadang kita akan berjaya. Macam mula-mula dapat lesen memandu. Dia punya gembira tue lain macam. Lagi satu kalau dapat miliki awek yang selama nie kita dok bertahun-tahun mengayat. Rasa dunia macam kita yang punya. Kadang-kadang jugak (atau selalunya..) kita gagal. Macam mane? Gagal lesen memandu, ayat punya ayat awek tue rupa-rupa tunang orang. Peeeeeerrgh!!! Rase nak nangis, frust, yang pendek akal tue sampai nak terjun bangunan. Kita kene sentiasa ingat yang semua tue adalah pengalaman. Kita patut bersyukur apabila gagal sebab kita dapat belajar dari kesilapan yang membuatkan kita gagal tue.

       Kalau kita teliti baik-baik, ada jugak tak bagus tentang kejayaan. Antaranye, kita mungkin akan dapat musuh yang dengki yang jeles dengan kejayaan kita. Dikatakan kita yang berjaya nie ciplak idea orang la, rasuah la, main tok batin la dan macam-macam lagi. Tapi kalau kita dapat sesuatu kejayaan dengan jalan yang bersih, InsyaAllah akan dihindarkan dari semua tue. 

       Tapi kalau kita peroleh kejayaan dengan cara salah, nak dapatkan projek, bagi duit kopi kat datuk itu datuk ini, tapi duit kopi nye banyak betul kosong kat belakangnye padahal segelas kopi baru RM1.20 je.(rasuah la ni..) Kalau kita ikut cara macam nie, hidup lah dengan serba salah itu tak kene ini tak kene. Lepas tue dapat penyakit itu ini sebab hari-hari risau kalau kantoi nak buat macam mane. Kalau yang gune jalan jenayah untuk berjaya, sendiri mau ingat lah, kalau dah kantoi suatu hari nanti adelah balasannye.

       Kita nie manusia sentiasa ada kelemahan dan takde yang sempurna. Waktu sekolah lagi dah diajar betul dan salah, undang-undang, cara berhemah, tatarakyat dan dalam agama pun,tak kira lah agama ape sekali pun pasti akan ajar tentang halal haram. Tapi entah laaa...kita manusia nie bila tengok orang berjaya pasti kita rasa jeles dan tak puas hati. Berhempas pulas nak cari cacat disebalik kejayaan seseorang. Alangkah bagusnye kalau kita gunakan sifat cemburu itu sebagai semangat untuk kita berjaya seperti orang lain.

       Tapi ada sesuatu yang orang kadang-kadang lupa ketika mengejar kejayaan. Kita lupa seiringkan dengan keberkatan. Tinggal ibadat, alasan tak sempat, banyak kerja. Kejayaan takkan bermakna tanpa keberkatan. Kalau usaha untuk berjaya diberkati, kita kan berjaya di dunia dan akhirat.....InsyaAllah...

10 January 2011

Apakah Kepuasan Yang Kita Mahukan?

Pernah tak korang terfikir, apakah kepuasan yang betul-betul kita harapkan? Sesuatu yang kita rasa bila kita dapat kita dah tak nak benda lain dah, kita rasa "Ok! This enough! Tak nak apa-apa lagi dah."

Cuba kita imbas semula waktu kita kecil dulu.Hmmmmmmmmm....................

Sewaktu kita kecil dulu ayah belikan basikal roda tiga untuk kita. Kita rasa happy sangat-sangat. Habis ulang alik dalam rumah smpai emak bising dekat kita. Hehehehe rasa puas betul waktu itu. Tiba-tiba, ternampak kawan sebelah rumah tengah kayuh basikal besar. Kita pun rasa, ''Wooooww!!! Bestnye klu dpt mcm tue!!" terus kita jumpa ayah tersayang, "Ayaaaaaah~~hehehe..ayah sayang abang tak? Abang nak basikal macam apit tue....boleh la ayah..." Ayah kita pun pergi beli untuk kita. Episod ini berulang-ulang sampai kita dapat basikal yang besar. BMX, Mountain Bike, macam-macam lagi lah. Ini semua bermula dengan rasa tak puas dan nak yang lagi baik.

Kemudian tengah ronda-ronda dalam kampung naik basikal, ternampak pula si Apis anak pak Rahim tunggang motosikal Yamaha SS110. Tiba-tiba kita pun teringin juga. Tak puas kayuh basikal saja. Kita pun buat kerja part time nak kumpul duit beli motor. Cukup saja duit terus beli motor macam si Apis punya, tapi second-hand lah, tapi kita dah puas hati dah. Melaram dengan motor pula, tawaf satu kampung "Aku ade motor!!!!!!!".

Suatu hari jalan-jalan turun town (KL). Hujan pula turun, kita pun berteduh dekat hentian bas. Tengok kereta lalu lalang. Dalam hati, "Kalo ada kereta kan senang, takde la kene ujan...". Kita pun nekad ikat perut, tak keluar dengan member-member, awek-awek pun dah tak nak layan. Nak simpan duit beli kereta lah kata kan. Cukup saja duit nak bayar deposit kereta, terus beli. Second-hand jugak tapi tidak mengapa, kita rasa puas dah. Balik kampung naik kereta, "Mak!! Ayah!! Abang dah beli kereta. Cantik tak?"

Lepas itu kita rasa dah tak nak duduk rumah sewa-sewa nie. Nak beli rumah pulak. Dengan rezeki yang diberikan oleh Allah swt, kita pun berjaya beli sebuah rumah. Rumah teres satu tingkat, 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 ruang tamu dan ada ruang untuk kereta kesayangan kita di depan rumah. Kita pun kata, "Alhamdulillah, semua aku ada." sambil tersenyum puas.

Itulah saat-saat kepuasan yang pernah hampir semua orang lalui. Daripada sekecil-kecil basikal nak kan yang besar, kemudian nak motosikal, teringin nak pakai kereta dan lepas tu beli rumah.

Ada sesetengah orang yang dah ada semua diatas (ini contoh je la kan..) rasa tak puas lagi. Nak yang lagi besar dan mewah. Nak basikal yang harga handle saja dah 8 ratus. Motosikal dah tak nak yang pakai tayar saiz 80/90, nak yang saiz 250/100. Kereta nak yang lambang oversea. Rumah nak macam Yusof Haslam.

Macam-macam ragam manusia, sesetengahnya tak pernah puas, sentiasa inginkan sesuatu yang dapat beri kepuasan TETAPI boleh kah kita puas bila kita dapat apa yang kita nak?

Ada yang akan puas bila makan banyak-banyak, TAPI terlebih makan boleh dapat penyakit, perut penuh boleh buat kita muntah balik, boleh bawa mati.

Ada yang akan puas dengan menghuraikan rahsia-rahsia alam, TAPI bila fikir melebihi kemampuan akal, silap-silap kita boleh jadi gila.

Ada yang akan puas dengan menjadi lebih cantik walaupun dah sememangnya cantik, TAPI salah vitamin yang dimakan,salah benda yang disuntik, muka yang cantik jadi macam muka zombie.

Ada yang akan puas dengan mendalami ilmu agama, inginkan tempat tertinggi di kehidupan satu lagi (Syurga), TAPI jika tersilap didikan, tersilap langkah (wallahualam..) akan memusnahkan manusia lain yang tidak bersalah. Jadi pengebom berani mati dengan slogan "Bunuh kafirun!!Mau mati syahid!!"

Ada juga yang akan puas dengan bekerja, ambil semua assignment sebab kita rasa puas dapat buat, TAPI tak sedar sudah membatasi kemampuan sendiri semua kerja tak siap. Banyak sangat.

Kadang-kadang tertanya-tanya juga, adakah kepuasan itu penting?
Aku tak tahu apa pendapat korang semua, tapi bagi aku, aku rasa puas bila kehidupan aku disamping ayah, mak dan adik beradik aku sentiasa HAPPY. Walaupun bercitarasa runcing (citarasa besar) aku sebahagiannya hanya angan-angan, tapi aku bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa berusaha mengadakan yang tiada. Alhamdulillah.

23 December 2010

Kesilapan

Penah x korg buat 1 ksilapn yg mbuatkn korg menyesal seumur hidup?
yg trus mengubah jln hidup korg?
drpd disanjung kpd di buang? di pulau? 
smpai xde sesiapa pn pecayakn korg lg???

Jika bnde nie jd kt korg, ape yg korg akn lakukn??????

Bayangkn, selepas kesilapan itu.....
korg xde keje....
rezeki bagaikn ditutup...
pergi sne sni cri krja tp xdpt2..
dh la byk bende nk tggung, blnja umh, keta, bil itu ini, nk bg duit kt org tua. Duit simpanan pn da tggl sikit. hnye blh survive utk beberapa mggu je lg......
Nk2 plak time jd mcm nie, kwn2 yg slalu berkepit dgn korg tb2 ghaib!!! Yg tggl hnye kwn2 yg setia mmbntu dr segi sokongan moral jew.

Inilah kisah yg terjadi kpd seorg hamba Allah yg ingin sy kongsi bersama pembaca. Dia telah melakukn kesilapan yg menyusahkn bkn sje dirinya tetapi keluarganya dan beberapa org teman rapatnya.

Kesilapan yg xpernah terbayang telah dilakukannya. Dia xdelah semulia mana smpaikan org xjangka dia akan melakukan kesilapan itu. Tetapi kesilapan kali ini betul2 memberi impak dlm hidup dia. Hidup nya betul2 berubah slps itu. Hilang mata pencarian, rezekiny bagaikn tertutup. Satu per satu hartanya hilang. Termasuk kepercayaan ayah nya. Tetapi dia harus bersyukur kerana emaknya masih menyokongnya dr belakang.

Dia bukanlah ank yg tidak bertanggungjawab. Dia sanggup ketepikan kesenangan diri agar hidup org tua nya selesa. Cukup makan minum pakai segalanya. Bermurah hati, sanggup bersusah demi kawan2nya. Tidak kedekut. 

Masih teringat lagi bagaimana dia disayangi oleh ayahnya dulu. Tetapi skrg, dia mengadu seperti sudah tidak berayah. Mungkin ayah nya terlampau kecewa dgn dia...mungkin.

Dia selalu berdoa agar kesulitan yg dialaminya kini cepat berakhir.

Apapn dia tetap tabah hadapi semua ini. Dan ini lah cabaran paling besar yg pertama kali dia lalui.

Kpd pembaca yg mmbaca cerita ini, mgkin anda xdpt bygkn keperitan yg dilalui oleh dia. Saya ceritakn kerana saya xpandang kesilapan nya tp sy sentiasa terkenang kebaikan nya. Doakan dia mendapat kehidupan yg blh menggembirakan nya semula. InsyaAllah.. JANGAN PUTUS ASA. Kesilapan itu hanya warna kehidupan. Lakar semula kisah hidup baru dan buktikan kpd semua org bahawa tidak selamanya kita silap!!!!

17 December 2010

My First Journey

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua. Ini adalah post pertama dalam blog saya.  Nak cerita ape pn xtau lagi. tapi insyaAllah ade topik, saya akan bercerita dan kite berkongsi bersama-sama.